Saturday, October 24, 2015

Apa itu Sodium Hydroxide ? (Sabun homemade - Suci Tanpa Was-was)

Assalamualaikum... 
Hari ni...nak cerita sikit tentang sabun buatan sendiri. Tidak susah kalau kita belajar dengan betul cara-cara membuat sabun buku ini. Bahan utama yang perlu ada ialah Lye/Soda Api (NoaH/Sodium Hydroxide/), Minyak dan Air. Kebanyakan orang sangka menggunakan Lye bahaya dlm pembikinan sabun 'homemade' ini merbahaya. Jawapannya mmg bahaya sewaktu pembikinan dan perlu berhati-hati dengan mengunakan safety glass (utk mata), glove (tangan), mask (mulut). Walaupun dia di panggil dengan nama sodium hydroxide, ia di buat dari garam + air + tenaga elektrik. Jadi perlu menggunakan langkah langkah keselamatan sewaktu melakukan kerja pembuatan sabun. Lye adalah bahan wajib yang perlu ada untuk sabun jenis ketul homemade.
Ada soalan yang bertanya, bahaya atau tidak bila sabun diperbuat dengan lye? Jawapannya sudah tentu tidak bahaya. Kerana proses saponifikasi (saponification) akan mengubah trigliserida (minyak atau lemak) yang di campurkan dengan lye akan menjadi sabun (garam natrium asam lemak) dan gliserin (bahan yang terjadi semulajadi menjadikan sabun bersifat lembut apabila digunakan pada kulit.

Setelah selesai pembuatan sabun di rumah, sabun berkenaan tidak boleh terus di gunakan tetapi mesti melalui proses curing / proses pengerasan (menunggu proses kimia saponifikasi selesai sehingga tiada lagi bahan (Lye) di dalam sabun. Jadi biasanya selepas 4 - 6 minggu sudah bebas dr lye tadi. Ingat! Sodium Hydroxide (Lye) dan Sodium Laureth Sulfate (SLS) adalah berbeza. SLS adalah bahan kimia dari bukan bahan semulajadi. 
Sebelum memulakan pembuatan sabun, perlu ada formula untuk mengira berapa banyak pengunaan Lye dalam pembuatan sabun. 

FORMULA
Noah/Lye need to use :
(A quantity oil x SAP) + (B quantity oil x SAP) + C quantity oil x SAP) = total of naoh need to use

Ini resepi sabun olive oil yang biasa saya gunakan :
Olive oil 380 gram x  101 INS (The hardness of the soap) = 50.92 gram

Coconut oil 60 gram x 256 = 11.40 gram

Palm oil 60 gram x 147 = 8.46 gram

= Minyak 500 gram = Lye 70.78 gram

Kiraan Air : Total Lye 71g x 2.5 = 177.5 gram air

Essential Oil 3% - 5% 


Dalam pembuatan sabun, seperti yang telah saya jelaskan tadi, NaoH dan trigriserida akan berubah menjadi senyawa lain yaitu sabun dan gliserol. Itu maksudnya, setelah sabun jadi sempurna, sabun tidak lagi mengandung Lye/NaoH langsung!. Sabun semulajadi sangat selesa untuk kulit manusia. Jika ada yang menawarkan sabun semulajadi tanpa Lye emmmm....jangan mudah percaya . Kerana apabila kita bancuh sendiri dari awal smpai akhir pembuatan wajib adanya bahan bernama Lye.



Stick blender penting dlm pembuatan sabun pada zaman moden ni 😁.


Pekakas, bahan-bahan dan alat-alat yg digunakan utk pembuatan sabun homemade

Kebaikan kopi untuk kulit (Spa / Home Spa)

Kebaikan lulur kopi (coffee scrub) homemade Sureanggun Beauty House yang mengandungi minyak zaitun dan minyak jojoba.
✔ Membantu menghilangkan selulit / strech mark
✔ Membantu menghilangkan kesan parut jerawat lama.
✔ Mengembalikan seri wajah
✔ Membuang sel sel mati kulit
✔ Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali yang berjerawat dan sensitif
✔ Kulit menjadi lebih bersih
✔ Kulit menjadi lebih anjal
✔ Kulit menjadi lehih lembut dan halus
✔ Memudarkan bintik bintik hitam / jeragat
✔ Menjadikan kulit kelihatan cerah
✔ Menjadikan kulit yang kering dan kusam bertambah bermaya dan sihat
✔ Melancarkan peredaran darah
✔ Menghilangkan daki yang degil
✔ Membantu menghilangkan bau badan
✔ Bau kopi arabica yang membuat penggemar kopi tenang sewaktu melulur.
Cara Penggunaan lulur kopi :
Basahkan muka atau badan. Gosokkan di muka dan badan selama 10-15 minit kemudian bilas.
Untuk selulit gosokkan di kawasan bermasalah dengan urutan secara membulat selamat 15 minit atau lebih kemudian bilas.
Utk kulit normal/berminyak/kombinasi gunakan seminggu 1-2 kali.
Utk kulit kering seminggu 2-3 kali.
Utk selulit dan strechmark boleh gunakan setiap hari.
Berat : 150gram
Harga: RM20.00
Postage : RM6.00
Whatapps saya SEGERA untuk dapatkan produk kecantikan terbaik ini di 019 3792454 Ayu.

Tuesday, September 29, 2015

Kopi



Assalamualaikum..sekian lama blog ni tak di update.. bersarang dah kot. Terikat dengan masa. lepas tu sampai rumah...tak larat nak online. 

Ok.. sempena hari kopi sedunia hari ni..akak nak cerita tentang KOPI. Tentang kebaikan dan keburukan kopi. Kebetulan tengah jalankan projek coffee scrub untuk kecantikan muka dan badan atas lable produk akak sendiri.

Kalau nak tau menafaat kopi kepada kita ..jom baca ni saya copy dr blog Dr Hasbi

Pelbagai pendapat bila ditanya samada minuman kopi baik untuk kesihatan atau sebaliknya. Jawapannya bergantung pada jenis kopi dan jumlah pengambilan. Katakan anda tidak menghidap kencing manis, anda tidak perlu risau meminum kopi sebab kajian mendapati kopi boleh menurunkan risiko menghidap kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2). Bukan kerana kafein, tapi bahan lain dalam kopi yang memberi kesan tersebut tidak kira samada ia minuman kopi berkafein ataupun tidak (decaffeinated coffee).

Malangnya bagi pesakit diabetis atau kencing manis, mengambil minuman berkafein seperti kopi boleh memburukkan lagi penyakit diabetis yang dihidapi. Ini kerana kafein yang terkandung dalam minuman tersebut mengganggu sistem dalaman menyebabkan badan semakin sukar untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Namun pesakit diabetis boleh mengambil minuman kopi yang telah dinyah-kafein (decaffeinated coffee) sebagai alternatif.


Kajian lain menunjukkan amalan meminum kopi dapat mengurangkan risiko penyakit strok (angin ahmar), membantu mencegah kanser kulit serta memberi kesan perlindungan terhadap penyakit Alzheimer. Namun fakta tersebut masih memerlukan kajian lanjut untuk mengesahkannya. Dalam satu review yang dikeluarkan pada tahun 2007 dalam Neurological Research tabiat meminum kopi secara berterusan membantu mencegah penyakit Parkinson. Tetapi kesan ini tidak terjadi kepada wanita yang telah menopos yang mengambil terapi hormon estrogen, sepertimana dilaporkan dalam American Journal of Epidemiology dalam tahun 2004.


Minuman kopi didapati tidak meningkatkan risiko menghidap kanser pundi kencing, perut, buah pinggang, atau payudara malah ia membantu sedikit sebanyak mencegah kanser hati. Kajian menunjukkan tabiat meminum kopi dikaitkan dengan kandungan enzim dalam darah yang menunjukkan kerosakan hati adalah rendah. Keputusan ini adalah konsisten tidak kira orang itu pernah atau tidak menghidap penyakit hati. Masih tidak pasti samada kesan ini disebabkan kafein atau bahan lain dalam kopi.


Ringkasnya, bagi kebanyakan orang yang menikmati minuman kopi sekadar secawan dua sehari memang tidak perlu risau. Hakikatnya, meminum dua ke empat cawan kopi sehari (200 ke 300mg kafein) berkemungkinan besar selamat. Tapi pengambilan kopi yang berlebihan, seperti empat ke tujuh cawan sehari (500 ke 600mg kafein) akan mengundang pelbagai masalah seperti sukar tidur, cepat gemuruh, cepat marah, loya, degupan jantung yang laju, sakit kepala, kemurungan, tangan menggeletar dan sebagainya.



Jadi...jangan overdose minum kopi ye uols!




Monday, November 17, 2014

PETUA GUNA HALIA UNTUK KAKI TERSELIUH

Assalamualaikum..
Petua pertama yang saya nak share kali ni biase digunakan untuk masalah terseliuh dari zaman tok nenek kita lagi..

Biasa nya bahagian sendi-sendi kita seperti lutut, kawasan pergelangan kaki, pergelangan tangan, kawasan pergelangan siku. Halia boleh menyerap angin atau kesakitan di bahagian yg baru terseliuh dan terseliuh itu tadi.. kalau boleh jangan tunggu lama2 bila dh terpelecok tu ye ..

Cara-caranya...
Ambil halia dalam jumlah yg agak besar mengikut saiz kawasan yg hendak diletak di bahagian yg cedera. Tumbukkan pecah2 sahaja dan kemudian letakkan di bahagian tersebut dan di tutup dengan kain... gunakan bandage untuk membalut bahagian yg berkenaan. Insyallah boleh sembuh..dengan izin Allah... 

Apapun yang baik itu datangnya dari Allah swt...