Assalamualaikum...
Hari ni...nak cerita sikit tentang sabun buatan sendiri. Tidak susah kalau kita belajar dengan betul cara-cara membuat sabun buku ini. Bahan utama yang perlu ada ialah Lye/Soda Api (NoaH/Sodium Hydroxide/), Minyak dan Air. Kebanyakan orang sangka menggunakan Lye bahaya dlm pembikinan sabun 'homemade' ini merbahaya. Jawapannya mmg bahaya sewaktu pembikinan dan perlu berhati-hati dengan mengunakan safety glass (utk mata), glove (tangan), mask (mulut). Walaupun dia di panggil dengan nama sodium hydroxide, ia di buat dari garam + air + tenaga elektrik. Jadi perlu menggunakan langkah langkah keselamatan sewaktu melakukan kerja pembuatan sabun. Lye adalah bahan wajib yang perlu ada untuk sabun jenis ketul homemade.
Ada soalan yang bertanya, bahaya atau tidak bila sabun diperbuat dengan lye? Jawapannya sudah tentu tidak bahaya. Kerana proses saponifikasi (saponification) akan mengubah trigliserida (minyak atau lemak) yang di campurkan dengan lye akan menjadi sabun (garam natrium asam lemak) dan gliserin (bahan yang terjadi semulajadi menjadikan sabun bersifat lembut apabila digunakan pada kulit.
Setelah selesai pembuatan sabun di rumah, sabun berkenaan tidak boleh terus di gunakan tetapi mesti melalui proses curing / proses pengerasan (menunggu proses kimia saponifikasi selesai sehingga tiada lagi bahan (Lye) di dalam sabun. Jadi biasanya selepas 4 - 6 minggu sudah bebas dr lye tadi. Ingat! Sodium Hydroxide (Lye) dan Sodium Laureth Sulfate (SLS) adalah berbeza. SLS adalah bahan kimia dari bukan bahan semulajadi.
Sebelum memulakan pembuatan sabun, perlu ada formula untuk mengira berapa banyak pengunaan Lye dalam pembuatan sabun.
FORMULA
Noah/Lye need to use :
(A quantity oil x SAP) + (B quantity oil x SAP) + C quantity oil x SAP) = total of naoh need to use
Ini resepi sabun olive oil yang biasa saya gunakan :
Olive oil 380 gram x 101 INS (The hardness of the soap) = 50.92 gram
Coconut oil 60 gram x 256 = 11.40 gram
Palm oil 60 gram x 147 = 8.46 gram
= Minyak 500 gram = Lye 70.78 gram
Kiraan Air : Total Lye 71g x 2.5 = 177.5 gram air
Essential Oil 3% - 5%
Dalam pembuatan sabun, seperti yang telah saya jelaskan tadi, NaoH dan trigriserida akan berubah menjadi senyawa lain yaitu sabun dan gliserol. Itu maksudnya, setelah sabun jadi sempurna, sabun tidak lagi mengandung Lye/NaoH langsung!. Sabun semulajadi sangat selesa untuk kulit manusia. Jika ada yang menawarkan sabun semulajadi tanpa Lye emmmm....jangan mudah percaya . Kerana apabila kita bancuh sendiri dari awal smpai akhir pembuatan wajib adanya bahan bernama Lye.
Pekakas, bahan-bahan dan alat-alat yg digunakan utk pembuatan sabun homemade
Tmpg ilmu sgt bgus ni
ReplyDeleteTerima kasih ilmu ini, tidaklah tidak tahu bagaimana sabun di buat dan juga kegunaan lye
ReplyDeleteDimana boleh dapat bahan lye
ReplyDeletePopoemart, tikbtok shop, dlm shoppie pun byk
DeleteDimana boleh dapat bahan ini
ReplyDeleteJazakAllah khair kathiran
ReplyDeletemantap
ReplyDelete